Wednesday, April 15, 2009

Lawak SAM DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

===================================

Barisan Kabinet Malaysia 2009

Monday, April 6, 2009

CNI MOTOBEST ENGINE OIL 10W-40 (4L)


Minyak Enjin CNI MOTOBEST sesuai untuk semua kereta. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam minyak enjin tersebut
*Formulasi MAS : Metal Treatment (rawatan logam), Additives (bahan tambah), Synthetic (sintetik).
*Meminimumkan kelusuhan enjin semasa enjin dihidupkan, memberi perlindungan optimum terhadap kelusuhan enjin.
*Hayat penukaran minyak dua kali ganda daripada minyak biasa.
*Meningkatkan prestasi dan kuasa enjin.
*Memastikan enjin lebih lancar, bersuhu rendah dan senyap.
*Mencegah kakisan di dalam enjin.
*Memastikan kebersihan dan kecekapan enjin.


Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi saya. Penghantaran di sekitar Lembah Klang boleh di uruskan

New Proton MPV 'EXORA'




Proton 'EXORA' nama di beri,
MPV pertama keluaran Malaysia lagi,
Mari-mari kita pakat membeli,
Harap-harap kualiti PROTON jangan diambil mudah lagi..

Proton Exora...keluaran MPV pertama Malaysia. Rupa luaran sungguh menarik macam WISH..harap-harap kualiti pun macam WISH atau GRANDIS. Aku berharap Proton ambil laa pengalaman yang lepas-lepas..tolong laa tingkatkan kualiti bukan kuantiti..Nampak macam menarik...tak sabar rasanya untuk melihat model ini dipamerkan di Pusat Pameran nanti..Jom kita serbu bila sudah di lancarkan nanti....