Saturday, February 6, 2010

Medan Ohh Medan...

Pada tanngal 21 January 2010 aku berkesempatan ke Medan Indonesia. Aku ke sana atas urusan kerja..kerja...kerja...
Medan pada pandangan aku adalah sebuah bandar yang agak sibuk dan juga sesak. Aku menjejakkan kaki ke Medan tepat pukul 12.05 waktu tempatan. Apabila memasuki Bandar Medan, aduh pening kepala aku melihatnya...Di sana bunyi 'Hon' kenderaan sudah lali di dengar. Kalau di Malaysia, 'hon' kenderaan dibunyikan kalau kita ada membuat kesilapan. Tapi di sana seumpama bunyi 'hon' adalah untuk diberi laluan. Apa pun Medan kalau nak shopping pakaian seperti tudung dan juga pakaian muslimah memang berbaloi-baloi...
Di sinilah tempat aku membuat kerja...kilang sarung tangan daa...
Inilah hotel tempat aku melepaskan penat lelah selepas penat seharian bekerja...
Pesawat inilah yg membawa aku terbang jauh di udara...hehe..
Inilah buah tangan aku sempat aku beli ketika di MEDAN...di sana kuih lapis legit & Bika Ambon memang terkenal...Kalau saper2 yg ke sana jgn lupa membeli ole2 ini...

Tuesday, December 29, 2009

2009 Berlalu 2010 Menjelma

Tinggal 2 hari saje lagi tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya. Maka akan tibalah tahun 2010 pula. Pasti banyak kenangan pahit & manis dlm tahun ini. Pasti semua ada visi atau wawasan untuk tahun 2010. Semoga visi atau wawasan pada tahun 2009 ini sudah pun tercapai. Kepada semua kawan-kawanku...aku ucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga tahun baru ini membawa keceriaan dan kesejahteraan dlm hidup kita semua. Kalau ada kenangan pahit dalam tahun ini biarkan ia berlalu. Kenangan manis harap menjadi ingatan kita selalu.
Akhir kata selamat menyambut kedatangan 2010. Semoga 2010 memberi sinar yang bermakna kepada kita semua...

Tuesday, December 1, 2009

CNI MOTOBEST ENGINE OIL 15W-50


CNI already introduce their new product....below are the details..who interested to purchase this product can contact me..

CNI MOTOBEST 15W-50 is a brand new engine oil formula that contains high grade metal conditioner, additives and synthetic oil to enhance anti-wear ability and high temparature oxidation stability,thus making engine more durable and reliable.

CNI MOTOBEST 15W-50 also comes with unique MAS formula
M = Metal Conditioner
A = Additives
S = Synthetic Oil

The exclusivity of the synthetic oil in MOTOBEST 15W-50
  • 3 times more protection than ordinary synthetic and mineral engine oil
  • Protection even before engine start-up

Question and answer :

1. Why do we need CNI Motobest 15W-50?

CNI Motobest helps to save cost for older car.

2. How does CNI Motobest 15W-50 work?

CNI Motobest 15W-50 comes with Metal conditioner which it will prevent worn off of surface due to friction oxidation & to prevent moving part from damage during cool start up engine.

3. Is CNI Motobest 15W-50 a synthetic oil?

CNI Motobest 15W-50 is a pure synthetic blend oil.

4.How frequent do we need to change the engine oil?

CNI Motobest 15W-50 can be changed after every 7,000km of mileage.

5. What type of car model is suitable to use CNI Motobest 15W-50?

It can be used in all conventional/standard cars found in Malaysia. Furthermore, CNI Motobest 15W-50 is specially formulated to suite our Malaysian weather.

Sunday, October 25, 2009

Aku & Facebook

Ahaa..dah lama aku tak update aku punya blog nie...sampai hampir terlupa kata laluan nak masuk dlm blog nie. Semenjak dua menjak bermain facebook nie, blog aku nie kesian terasa sepi ajer...OK laa kepada sesiapa yang ada facebook tu bolehlah connect dengan aku melalui ID Norzairi Hashim. Facebook membantu kita berhubung dengan orang yang jauh dan juga dekat. Inilah salah satu lagi teknologi IT zaman ini. Oleh itu mari kita berhubung melalui facebook...yeaa haa...

Thursday, September 17, 2009

SK Jalan Gurney (1) Dalam Kenangan

Tiba-tiba ajer ingatanku melayang teringatkan zaman sekolah rendah dulu. Yea laa teringat zaman kanak-kanak dulu dapat belajar dan berlari bersama kawan-kawan. OK laa aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney (1) dari tahun 1985 hingga tahun 1990. Banyak sungguh kenangan manis dan pahit di sekolah nie. Member-member lama aku waktu zaman skolah nie pun dah lost contact..Jadi kalau ada sapa2 yg kenal aku tu bleh laa contact aku...dulu aku belajar dlm kelas (Putih). Kelas budak2 pandai laa katakan...Kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku, terima kasih cikgu jasamu sangat besar dan bermakna buat kami...Cikgu Nasharudin, Cikgu Zaitun dan beberapa lagi cikgu aku pun dah tak brapa ingat. Terima kasih cikgu, cikgu semua mmg sporting....dan juga kepada kawan2ku Ashadinnaziz, Anuar, Erwan Ehsan, Irwan Shah dan lain-lain yang mengenaliku bolehlah menghubungiku untuk kita merapatkan semula perhubungan yang dah lama terputus...

Nie la lagu skolah aku yang sewaktu dulu selalu dinyayikan pada setiap hari Isnin dalam perhimpuan...

Buat Bersungguh-sungguh
Sekolah Jalan Gurney Satu,
Di mana kami mula bertemu,Dari darjah satu,
Sehinggalah maju,
Untuk naik ke tingkatan satu.

Pelajaran yang diutamakan,
Kami beri penuh perhatian,
Kami diasuh,
Tegas dan teguh,
Supaya buat bersungguh-sungguh.

Wednesday, September 16, 2009

Horeyy!! Raya dah nak dekat...

Esok kita bakal melangkah ke 27 Ramadhan...Bermakna 3 hari lagi kita seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Syawal. Insyaallah kita akan menyambut hari raya pada 20 September 09. Kepada semua kenalan dan sahabat handai aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap..terkasar bahasa dan perbuatan. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung...berhati-hati memandu. Sayangilah diri anda dan keluarga anda...Insyaallah jika ada kesempatan kita akan berkunjung di hari raya yg mulia ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga di hari raya nie kita saling bermaaf-maafan....

Thursday, September 3, 2009

Kenangan Masa Lalu

Teringat kembali waktu zaman student dulu..Memang indah sungguh pada saat itu. Kita semua enjoy dengan apa yang kita lakukan..Nie serba skit gambo aku bersama teman-teman seperjuangan waktu study dulu...

Bersama Shamsol Izhar @ Messo di atas menara KL waktu buat paperwork project

Bersama Saiful Ezat @ Cutat dan Mior Ashraf @ Ap

Bersama dengan ahli IL5-1 dan juga member seangkatan..

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Kelahiran Bulan September

Kepada semua yang menyambut hari lahir pada bulan September, selamat hari lahir. Berikut adalah perwatakan mereka yang dilahirkan pada bulan September...

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Saban tahun bertandang dan pergi,
Mengetuk pintu hati masuk tanpa di sedari oleh hambaNya yang lupa diri,
Berakhirnya ia menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi,
Kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemuNya lagi.
Ramadhan, semoga kau tidak berlalu sepi, malah sempat kami kotakan janji.
Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya terlepas dari Azab Neraka.

Selamat menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kepada semua umat islam di serata dunia...Semoga ibadah kita didalam bulan ini diterima oleh Allah hendaknya...

Saturday, August 15, 2009

H1N1@ Selsema BABI Pembunuh Senyap..

Setakat 9 pagi 15 Ogos 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan bahawa Wabak Selsema BABI ini telah meragut 59 nyawa. Semalam waktu aku bersolat di Masjid PSA Shah Alam, khatib dalam khutbahnya juga telah mengingatkan semua sidang Jumaat tentang wabak Selsema BABI ini. Selepas selesai solat Jumaat, kami semua bersama-sama melakukan solat hajat memohon kepada Yang Maha ESA supaya wabak ini di hindarkan dan dihapuskan dari bumi Allah ini. Mari kita sama-sama menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari wabak merbahaya ini yang sedang serius melanda seluruh dunie...

"Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."

http://h1n1.moh.gov.my/flyers/flyerKetahuiH1N1/flyerKetahuiH1N1_BM/Flyer_Ketahui%20_H1N1_BM.pdf