Tuesday, July 21, 2009

Wonderpets 'Apa Yang Penting Kerjasama'


'Apa yang penting KERJAASAMAAA' Itulah kata-kata program dari Wonderpets. Terpegun dan terpesona anak-anakku apabila rancangan ini muncul di kaca television. Aman kejap rumah aku untuk 30minit dgn tiada jeritan dan tangisan dari 3 org beradik nie. Memang menarik sungguh rancangan ini. Selain menghiburkan kanak-kanak, rancangan ini juga menyelitkan serba sedikit pengajaran. Sampai anakku menghafal lagu tema rancangan ini...
"Kami tak besar...Kami tak kuat...
Bila kerjasama semua jadi mudah...
Hey...Wonderpets"....
Hehehe...

Saturday, July 11, 2009

Melaka Merehatkan Minda

Last Friday iaitu pada 3 July 09 aku bersama isteri dan anak2ku pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk merehatkan minda. Rupanya dah banyak perubahan di Negeri Melaka nie. Puas aku berpusing2 untuk mencari Kota A'Famosa yang terletak di Bandar Hilir, rupanya telah terselindung di sebalik sebuah Shopping Mall yang sungguh 'GAH' dan besar. Dataran Pahlawan Mall nama diberi. Memang banyak pembangunan telah dilakukan di Negeri Melaka nie. Dulu Kota A'Famosa boleh nampak dari tepi jalan ajer skarang telah terselindung dengan pembangunan yang rancak dilakukan oleh kerajaan Melaka. Di bandar Hilir juga ada sebuah menara yang bernama 'Menara Taming Sari'. Menara berputar 360 degree untuk melihat keseluruhan bandaraya Melaka. Apapun percutian 3 hari 2 mlm nie memang menyeronokkan kami sekeluarga.


Nie gambar hotel di mana kami menginap. An All Suite Apartment Hotel.. http://www.straitsmeridian.com.my


Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 meter dan boleh memuatkan 66 org di dalamnya. Mengambil masa 7 minit untuk melengkapkan putaran 360 degree.


Nie gambar Masjid Selat Melaka. Terletak di Pulau Selat Melaka. Memang indah pemandangan pada waktu malam..

Selain itu aku membawa anak2ku mengenal binatang di Zoo Melaka..Mereka sungguh gembira dapat mengenal binatang seperti Gajah, Zirafah, Harimau dan lain2 lagi. Nie aksi-aksi yang sempat di rakam...

Bergambar di depan kandang Cipanze. Anakku yang paling kecil sungguh gembira melihat telatah cipanze nie melakukan pelbagai aksi..


Bergambar berlatar belakangkan kandang Zirafah...

Tuesday, July 7, 2009

Transformer: Revenge of the Fallen



Akhirnya hari nie dapat gak aku pergi tengok Transformer: Revenge of the Fallen. Dengan keadaan terkejar-kejar lepas abis kerja, aku terus bergegas ke TGV Bukit Tinggi bersama isteri tersayang untuk menonton filem yg dikatakan GAH nie...Isteri aku plaks baru ajer abis hari sukan di skolah dia. Saje jea kami gi outing berdua...hari ibu bapa laa katakan.Memang tak rugi laa walaupun dah tersasar dari waktu siaran asalnya...Org kata kira dah basi laa lepas 2 minggu baru nak pergi tengok filem nie. Tapi bagi aku takpe laa peduli apa orang nak kata..yang penting kita bahagia...Anyway cerita memang menarik...Computer Generated Image dia memang solute dan boleh di banggakan...Malaysia punya filem pun dah boleh setanding filem macam nie...alaa macam filem 'CICAKMAN'.
Apakah akan ada sambungan Transformer 3 plaks lepas nie...Kita tungguu dan lihat....