Last Friday iaitu pada 3 July 09 aku bersama isteri dan anak2ku pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk merehatkan minda. Rupanya dah banyak perubahan di Negeri Melaka nie. Puas aku berpusing2 untuk mencari Kota A'Famosa yang terletak di Bandar Hilir, rupanya telah terselindung di sebalik sebuah Shopping Mall yang sungguh 'GAH' dan besar. Dataran Pahlawan Mall nama diberi. Memang banyak pembangunan telah dilakukan di Negeri Melaka nie. Dulu Kota A'Famosa boleh nampak dari tepi jalan ajer skarang telah terselindung dengan pembangunan yang rancak dilakukan oleh kerajaan Melaka. Di bandar Hilir juga ada sebuah menara yang bernama 'Menara Taming Sari'. Menara berputar 360 degree untuk melihat keseluruhan bandaraya Melaka. Apapun percutian 3 hari 2 mlm nie memang menyeronokkan kami sekeluarga.
Nie gambar hotel di mana kami menginap. An All Suite Apartment Hotel.. http://www.straitsmeridian.com.my
Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 meter dan boleh memuatkan 66 org di dalamnya. Mengambil masa 7 minit untuk melengkapkan putaran 360 degree.
Nie gambar Masjid Selat Melaka. Terletak di Pulau Selat Melaka. Memang indah pemandangan pada waktu malam..
Selain itu aku membawa anak2ku mengenal binatang di Zoo Melaka..Mereka sungguh gembira dapat mengenal binatang seperti Gajah, Zirafah, Harimau dan lain2 lagi. Nie aksi-aksi yang sempat di rakam...
Bergambar di depan kandang Cipanze. Anakku yang paling kecil sungguh gembira melihat telatah cipanze nie melakukan pelbagai aksi..
Bergambar berlatar belakangkan kandang Zirafah...
No comments:
Post a Comment