Thursday, September 17, 2009

SK Jalan Gurney (1) Dalam Kenangan

Tiba-tiba ajer ingatanku melayang teringatkan zaman sekolah rendah dulu. Yea laa teringat zaman kanak-kanak dulu dapat belajar dan berlari bersama kawan-kawan. OK laa aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney (1) dari tahun 1985 hingga tahun 1990. Banyak sungguh kenangan manis dan pahit di sekolah nie. Member-member lama aku waktu zaman skolah nie pun dah lost contact..Jadi kalau ada sapa2 yg kenal aku tu bleh laa contact aku...dulu aku belajar dlm kelas (Putih). Kelas budak2 pandai laa katakan...Kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku, terima kasih cikgu jasamu sangat besar dan bermakna buat kami...Cikgu Nasharudin, Cikgu Zaitun dan beberapa lagi cikgu aku pun dah tak brapa ingat. Terima kasih cikgu, cikgu semua mmg sporting....dan juga kepada kawan2ku Ashadinnaziz, Anuar, Erwan Ehsan, Irwan Shah dan lain-lain yang mengenaliku bolehlah menghubungiku untuk kita merapatkan semula perhubungan yang dah lama terputus...

Nie la lagu skolah aku yang sewaktu dulu selalu dinyayikan pada setiap hari Isnin dalam perhimpuan...

Buat Bersungguh-sungguh
Sekolah Jalan Gurney Satu,
Di mana kami mula bertemu,Dari darjah satu,
Sehinggalah maju,
Untuk naik ke tingkatan satu.

Pelajaran yang diutamakan,
Kami beri penuh perhatian,
Kami diasuh,
Tegas dan teguh,
Supaya buat bersungguh-sungguh.

Wednesday, September 16, 2009

Horeyy!! Raya dah nak dekat...

Esok kita bakal melangkah ke 27 Ramadhan...Bermakna 3 hari lagi kita seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Syawal. Insyaallah kita akan menyambut hari raya pada 20 September 09. Kepada semua kenalan dan sahabat handai aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap..terkasar bahasa dan perbuatan. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung...berhati-hati memandu. Sayangilah diri anda dan keluarga anda...Insyaallah jika ada kesempatan kita akan berkunjung di hari raya yg mulia ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga di hari raya nie kita saling bermaaf-maafan....

Thursday, September 3, 2009

Kenangan Masa Lalu

Teringat kembali waktu zaman student dulu..Memang indah sungguh pada saat itu. Kita semua enjoy dengan apa yang kita lakukan..Nie serba skit gambo aku bersama teman-teman seperjuangan waktu study dulu...

Bersama Shamsol Izhar @ Messo di atas menara KL waktu buat paperwork project

Bersama Saiful Ezat @ Cutat dan Mior Ashraf @ Ap

Bersama dengan ahli IL5-1 dan juga member seangkatan..

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Kelahiran Bulan September

Kepada semua yang menyambut hari lahir pada bulan September, selamat hari lahir. Berikut adalah perwatakan mereka yang dilahirkan pada bulan September...

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik