Thursday, September 17, 2009

SK Jalan Gurney (1) Dalam Kenangan

Tiba-tiba ajer ingatanku melayang teringatkan zaman sekolah rendah dulu. Yea laa teringat zaman kanak-kanak dulu dapat belajar dan berlari bersama kawan-kawan. OK laa aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney (1) dari tahun 1985 hingga tahun 1990. Banyak sungguh kenangan manis dan pahit di sekolah nie. Member-member lama aku waktu zaman skolah nie pun dah lost contact..Jadi kalau ada sapa2 yg kenal aku tu bleh laa contact aku...dulu aku belajar dlm kelas (Putih). Kelas budak2 pandai laa katakan...Kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku, terima kasih cikgu jasamu sangat besar dan bermakna buat kami...Cikgu Nasharudin, Cikgu Zaitun dan beberapa lagi cikgu aku pun dah tak brapa ingat. Terima kasih cikgu, cikgu semua mmg sporting....dan juga kepada kawan2ku Ashadinnaziz, Anuar, Erwan Ehsan, Irwan Shah dan lain-lain yang mengenaliku bolehlah menghubungiku untuk kita merapatkan semula perhubungan yang dah lama terputus...

Nie la lagu skolah aku yang sewaktu dulu selalu dinyayikan pada setiap hari Isnin dalam perhimpuan...

Buat Bersungguh-sungguh
Sekolah Jalan Gurney Satu,
Di mana kami mula bertemu,Dari darjah satu,
Sehinggalah maju,
Untuk naik ke tingkatan satu.

Pelajaran yang diutamakan,
Kami beri penuh perhatian,
Kami diasuh,
Tegas dan teguh,
Supaya buat bersungguh-sungguh.

1 comment:

Anonymous said...

Dinner Alumni GRS1 akan diadakan pada 31 Oktober 2015. Boleh hadir di sekolah dari jam 6 ptg untuk pendaftaran. TK