Setakat 9 pagi 15 Ogos 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan bahawa Wabak Selsema BABI ini telah meragut 59 nyawa. Semalam waktu aku bersolat di Masjid PSA Shah Alam, khatib dalam khutbahnya juga telah mengingatkan semua sidang Jumaat tentang wabak Selsema BABI ini. Selepas selesai solat Jumaat, kami semua bersama-sama melakukan solat hajat memohon kepada Yang Maha ESA supaya wabak ini di hindarkan dan dihapuskan dari bumi Allah ini. Mari kita sama-sama menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari wabak merbahaya ini yang sedang serius melanda seluruh dunie...
"Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."
http://h1n1.moh.gov.my/flyers/flyerKetahuiH1N1/flyerKetahuiH1N1_BM/Flyer_Ketahui%20_H1N1_BM.pdf
No comments:
Post a Comment