Medan pada pandangan aku adalah sebuah bandar yang agak sibuk dan juga sesak. Aku menjejakkan kaki ke Medan tepat pukul 12.05 waktu tempatan. Apabila memasuki Bandar Medan, aduh pening kepala aku melihatnya...Di sana bunyi 'Hon' kenderaan sudah lali di dengar. Kalau di Malaysia, 'hon' kenderaan dibunyikan kalau kita ada membuat kesilapan. Tapi di sana seumpama bunyi 'hon' adalah untuk diberi laluan. Apa pun Medan kalau nak shopping pakaian seperti tudung dan juga pakaian muslimah memang berbaloi-baloi...
Di sinilah tempat aku membuat kerja...kilang sarung tangan daa...
Inilah hotel tempat aku melepaskan penat lelah selepas penat seharian bekerja...
Pesawat inilah yg membawa aku terbang jauh di udara...hehe..
Inilah buah tangan aku sempat aku beli ketika di MEDAN...di sana kuih lapis legit & Bika Ambon memang terkenal...Kalau saper2 yg ke sana jgn lupa membeli ole2 ini...