Saban tahun bertandang dan pergi,
Mengetuk pintu hati masuk tanpa di sedari oleh hambaNya yang lupa diri,
Berakhirnya ia menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi,
Kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemuNya lagi.
Ramadhan, semoga kau tidak berlalu sepi, malah sempat kami kotakan janji.
Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya terlepas dari Azab Neraka.
Selamat menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kepada semua umat islam di serata dunia...Semoga ibadah kita didalam bulan ini diterima oleh Allah hendaknya...
Monday, August 24, 2009
Saturday, August 15, 2009
H1N1@ Selsema BABI Pembunuh Senyap..
Setakat 9 pagi 15 Ogos 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan bahawa Wabak Selsema BABI ini telah meragut 59 nyawa. Semalam waktu aku bersolat di Masjid PSA Shah Alam, khatib dalam khutbahnya juga telah mengingatkan semua sidang Jumaat tentang wabak Selsema BABI ini. Selepas selesai solat Jumaat, kami semua bersama-sama melakukan solat hajat memohon kepada Yang Maha ESA supaya wabak ini di hindarkan dan dihapuskan dari bumi Allah ini. Mari kita sama-sama menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari wabak merbahaya ini yang sedang serius melanda seluruh dunie...
"Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."
http://h1n1.moh.gov.my/flyers/flyerKetahuiH1N1/flyerKetahuiH1N1_BM/Flyer_Ketahui%20_H1N1_BM.pdf
"Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."
http://h1n1.moh.gov.my/flyers/flyerKetahuiH1N1/flyerKetahuiH1N1_BM/Flyer_Ketahui%20_H1N1_BM.pdf
Sunday, August 2, 2009
Rahsia Kelahiran Bulan Ogos
Kepada semua rakan-rakan yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Nie serba sedikit perwatakan orang yang dilahirkan pada bulan Ogos...
- Mudah tertawan padanya
- Suka berlawak
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai memujuk orang lain
- Terlalu pemurah & bersikap ego
- Nilai harga diri yang sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yang luar biasa
- Cepat marah & mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yang berdikari
- Suka memimpin & dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
- Belajar untuk bertenang
- Sikap kelam kabut
- Romantik, pengasih dan penyayang
- Suka mencari kawan
Kepada semua yang dilahirkan pada bulan Ogos Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga di murahkan rezeki dan diberkati olehNya...Kepada ibuku Salbiah Aman yang di lahirkan pada bulan nie Selamat Hari Lahir...Tq mum semoga senantiasa berada di dalam lindungan Allah selalu...
Subscribe to:
Posts (Atom)